Kawan Jejari Niza

Rabu, 21 Disember 2011

Penjodoh Bilangan

http://4.bp.blogspot.com/_qJKCUCz-F_8/TUt64m04buI/AAAAAAAAAGw/B7ciiN6JOas/s1600/3.jpg

Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Ia digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Antara contoh penjodoh bilangan ialah:



 biji
jenis buah-buahan dan benda yang bulat
Contohnya: semangka, epal, batu, bintang, telur, bola

bilah
benda yang tajam dan runcing

Contohnya: pisau, pedang, keris, lembing
buah
benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan
Contohnya: rumah, kereta, bukit, negara, kerusi, basikal
buku
benda yang berbongkah kecil-kecil
Contohnya: sabun, roti, benang
butir
benda yang kecil bulat
Contohnya: beras, intan, kelapa, peluru, mutiara
cebis
benda yang sudah dipotong kecil-kecil
Contohnya: kertas, kain
cekak
benda yang dipegang secara mencekak
Contohnya: daun sirih, benih padi
cubit
benda yang diambil sedikit sahaja
Contohnya: daging, gula, nasi

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Tiada ulasan: