Kawan Jejari Niza

Rabu, 21 Disember 2011

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

  1. Teknik main peranan
  2. Teknik permainan bahasa
  3. Teknik latih tubi
  4. Teknik bercerita
  5. Teknik inkuiri
  6. Teknik perbahasan
  7. Teknik kuiz
  8. Teknik sumbangsaran
  9. Teknik soal jawab
  10. Teknik simulasi
  11. Teknik drama
  12. Teknik perbincangan
  13. Teknik forum
  14. Teknik dialog
 Teknik-teknik ini bertujuan untuk menarik minat murid agar mereka lebih fokus terhadap pengajaran guru.
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Cara menjawab soalan Bahagian C (UPSR)

Murid dinasihatkan supaya jangan mengambil nilai hanya dari petikan. Terdapat arahan tambahan dalam bahagian C iaitu JELMAKAN nilai murni. Maksudnya di sini ialah, kita tidak harus menulis nilai yang telah tercatat dalam petikan. Kita perlu menggantikan nilai tersebut dengan perkataan yang seerti.  

Contoh Ayat: 
Roslina mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya.
Rumusan: Kita seharusnya berterima kasih kepada guru kita. ( jawapan tidak tepat)

Sepatutnya: Kita seharusnya menghargai ...........(jelmakan satu nilai yang hampir sama maknanya dengan nilai yang terdapat dalam petikan)
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Penulisan Karangan (UPSR)

A. Apakah yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Karangan?
1. Anda hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan. 
2. Pastikan anda memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan anda memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan anda kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

  • guru dan murid,
  • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pelajar,
  • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol,
  • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ada unsur sains dan seni.


    Apa dia pembelajaran?

    Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
    Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

    Apakah ciri-ciri pembelajaran :

  • Satu proses yang berterusan.
  • Secara formal dan tak formal.
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran.
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humani.

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Nilai-nilai Murni



-Baik hati
-Berdikari
-Hemah Tinggi
-Hormat-Menghormati
-Kasih Sayang
-Keadilan
-Kebebasan
-Keberanian
-Kebersihan Fizikal dan Mental
-Kejujuran
-Kerajinan
-Kerjasama
-Kesederhanaan
-Kesyukuran
-Patriotisme
-Rasional
-Semangat Bermasyarakat

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Suku Kata Terbuka 4

Langkah 1 Terbuka 4
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Suku Kata Terbuka 3

Langkah 1 Terbuka 3
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Suku Kata Terbuka 2

Langkah 1 Suku Kata Terbuka 2

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Suku Kata Terbuka

Langkah Satu Suku kata Terbuka

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Huruf Vokal

Huruf  Vokal ke gambar yang Sesuai
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Mari Mengeja


Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Mari Menyanyi 1

Lanang Si Paku Lanang

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Mari Menyanyi 2

Kereta Kecil Warna Merah
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

CONTOH JAWAPAN

BAHAGIAN A

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.



1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.

2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.


3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.

4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.


5.Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.


Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Mari Membina Ayat..

Bahagian A

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
 

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Panduan Menjawab Soalan Bahagian A (Membina Ayat)

1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (siapa)
Contoh :

Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang budak

2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa)
Contoh:

berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,memotong,membasuh,bermain

3. Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh:
di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di pasar


4. Gunakan kata sifat jika sesuai.
Contoh : 
besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,luas


5. Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: 

dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Penjodoh Bilangan

http://4.bp.blogspot.com/_qJKCUCz-F_8/TUt64m04buI/AAAAAAAAAGw/B7ciiN6JOas/s1600/3.jpg

Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Ia digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Antara contoh penjodoh bilangan ialah:



 biji
jenis buah-buahan dan benda yang bulat
Contohnya: semangka, epal, batu, bintang, telur, bola

bilah
benda yang tajam dan runcing

Contohnya: pisau, pedang, keris, lembing
buah
benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan
Contohnya: rumah, kereta, bukit, negara, kerusi, basikal
buku
benda yang berbongkah kecil-kecil
Contohnya: sabun, roti, benang
butir
benda yang kecil bulat
Contohnya: beras, intan, kelapa, peluru, mutiara
cebis
benda yang sudah dipotong kecil-kecil
Contohnya: kertas, kain
cekak
benda yang dipegang secara mencekak
Contohnya: daun sirih, benih padi
cubit
benda yang diambil sedikit sahaja
Contohnya: daging, gula, nasi

Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi

Asal Usul Bahasa Melayu

Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya dikenali sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Seterusnya kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro yang berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia yang dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangannya lebih banyak daripada Melayu Proto. Kawasan yang mereka duduki ialah kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang-orang ini, dirujuk sebagai kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas). Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Kalau Suka LIKE Ya...Terima Kasih Daun Keladi,Ada Masa Datang Lagi